Tok guru kate Idul Fitri namanya bermaksud kembali kepada fitrah manusia. Makan dan minum waktu siang mengikut fitrah. Amalan2 halal yang diharamkan pada Ramadhan, sekarang dah halal balik. Amalan2 sunat khusus waktu Ramadhan dah tak dapat nak buat. Kembali ke amalan asal.
Betulla katenye. Aku kembali ke fitrahku, melantak tak hingat punye. Nasib perut tak meletup. Raya 3, aku makan 4 pinggan laksa. 2 kat umah Wah, 2 lagi kat umah adik dia, Mak Yang Ba (Bahtiah). Nasib tak sempat singgah umah Achik Salasiah (atau Selesiah mengikut loghat tempatan) adik deme. Kalo idak, jadi 6 pinggan. My mom's cousins (MAKCIK POWER) are great laksa cooks. The three sisters are also great at persuading me to eat their cookings! Pity my sis-in-law, Kak Linda tak ikut. She could drink the laksa gravy like soup! But I managed to MMS her the Laksa! hahahah!
Raya 1 merupakan hari anak buahku menunaikan janjinya. Selepas 1 tahun 2 bulan, akhirnya dia berjalan sendiri tanpa dipimpin. Selama ni bukan tak boleh, tapi takde konfiden. Asal lepas tangan terus dia rebahkan badan duduk menangis. Padahal pegang tangan dia tu buat syarat je. Bila nampak Ayah Ngah dia, dia angkat tangan mintak disambut sambil sebut "Taaa...Tih" dengan nada memujuk manja. Habih keje Ayah Ngah dia tak jalan... Tapi 1 Syawal, bila beraya ke rumah Opah Dah, Delina (Adlina Batrisyia, anak buah aku tu lee..) nampak mak sedare dia umur lebih kurang dia dah berjalan2, berlari2. Terus dia naik semangat nak cuba jalan sendiri. Berapa kali gak la rebah. Tapi bila dah dapat tiga tapak dia sorak sendiri, rewarding herself "Yeeeaaaaaa......" sambil tepuk tangan. Jalan tiga tapak lagi, "Yeaaaaa...." seronok la agaknya. Jalan tiga tapak lagi, "Yeeeeeaaaaaa...." Riak la pulak budak ni. Apa taknya, dia sorak tu sambil mengajak orang lain bersorak sekali. Ada dekat 15 orang la yang sorak ikut dia. Sukatila. Asalkan dia dah pandai berjalan sendiri. Tapi terpikir la pulak, tangga rumah dia nak kena pasang pagar la lepas ni. Takut dia panjat sendiri2. Kena la upah budak keje aku buatkan. Dollyna punya pasal, Ayah Ngah boleh buatkan. My spoilt niece.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan