Sabtu, 20 Oktober 2007

Idul Fitri 3

Raya 4, Ada tahlil kat rumah 2nd cousin. Lunch time. Ni kena pegi, nih! Apa taknya, kat sini la ramai sedare mare berkumpul. Yang tua, yang muda, semua ada. senang sikit, tak payah nak beraya banyak rumah lepas ni. Cadangnye nak attend tahlil aje. Lepas tu balik opis. Alih2 sampai kul 530pm. Ngulo habih! Apa mau risau, tokeh pun same ngulo! (Mak aku lee...)

Sembang punya sembang, keluar cerita ancestors. Alhamdulillah, dapat aku nengok gambo moyang aku. Dia termasuk dalam buku Tokoh2 Batu Gajah, keluaran arkib negara. 20% kerabat keluarga aku termasuk dalam list tu. Siap biografi lg. Dapatla trace 5 generasi ke atas. Ada yang ikut Tunku Abdul Rahman mintak merdeka, ada yang terbabit dalam Perang Perak, ada yang terbabit dengan pembukaan Ipoh, & ada yang berketurunan kerabat DiRaja Perak.

Ghope-ghopenye, Sultan Perak sekarang pangkat pak sedare aku! Tapi berapa pupu, tak tau le. Setakat nak claim takhta tu, jangan haraple. Bak kate member aku yang ada darah kerabat (negeri lain la),"Aku kena headshot abang2 aku, sepupu2 aku, pakcik2 aku, tok2 aku, baru boleh claim takhta negeri aku". Waktu tu aku bagi sokongan moral pada dia & sanggup jadi org kanan dia untuk komplot bunuh kerabat dia. Tapi dia taknak proceed. Aku pun tak tau kenapa....

Alang2 ada di Batu Gajah, aku ziarah ke umah Tok Zam. Ini kepala rombongan nanti, kena bodek.... Takdela, cuma aku rasa hormat kat dia & tengah musim raya ni, elok la ziarah. Lagging lagi.... Lepas azan isyak baru gerak balik. Mak aku, kalau dapat sembang dengan Tok Zam, memang macam2! Dari politik ke bisnes, pertanian ke koperasi, kemelayuan ke islam, you just name it! Aku tukang cucuk je. Bagi lagi sedap cerite. hehehe....

Idul Fitri 2

Raya2, Baru ada kesempatan ziarah Pah (belah arwah bapak aku). Biasanya malam raya & petang raya 1 pegi umah dia. Ntah tahun ni pelik sikit. Takpe, asalkan dapat ziarah orang tua tu. Takut dia terasa la pulak... Lepas tu, pakcik2, makcik2 & sepupu2 lak nak ke rumah ziarah Mak aku. Nak tunggu diorang siap, memang boleh tido. Aku gi lepak ngan cousin2 aku yang bujang. Almaklumlah, aku dah dilantik Captain Bachelor Club semenjak abang aku kawin. Dah 3 Tahun tu aku pikul jawatan! Ahli kelab aku semuanya bawah 23. Emosi..... InsyaAllah hujung tahun ni aku resign. So, bagi diorang enjoy duit bujang aku laa.. Takde la banyak sangat pun.

Kitorang tunggu kat Ipoh Parade. Dah sangap sangat aku ajak diorang naik atas sekali, ingat nak belanja main arcade.... Leboh! Hagham semesin nye ade! Arcade dah tutup daa... Tapi takpe, aku nampak IMAX cybercafe. Memang CC kegemaranku. Walaupun mahal, tapi selesa & servis bagus. Layan CS dengan cousin2. Gile takde keghoje. Dahla tu, masing2 karat dah! Bertahun tak main.. Nak tambah bot pun tak tau. Nasib baik ada budak rambut afro karat tolong bagitau. Tengkiu.

Baru nak panas, aku dapat call dari member. Member baik aku dari Bintulu. Dia ngajak keluo. Gila dah berbulan tak jumpe mamat ni. Aiseh, no better time to come, ah? Takpe, kawan baik punye pasal. Terus stop & bawak cousin2 aku tu ke rumah. Lepak jap ramai2, pas tu jumpa member aku.

Hujan lebat mencurah2. Tapi dah lama aku tak jumpa mamat nih. Kena jumpa gak petang ni. Jumpa pun kat masjid Kg. Sungai Rapat, across the city. Waktu tu dah dekat maghrib. Hujan punya pasal, sembang dalam keta. Gile macam dating! Dengan mamat ni, tak boleh nak sembang sekejap2, tak puas! Dia tak bole lama sebab datang dengan family. Diorang nak balik Selama malam tu jugak. Aku persuade dia bawak family beraya ke rumah aku. Dapatla sembang lama sikit on the way ke umah aku. Family dia pun dengan berat hati setuju. Dah lewat la katakan... Original plan lagi gila, aku propose nak hantar dia ke Selama. Family dia balik dulu. Nampak menarik kalau buat impulsive trip macam tu, lama dah tak bikin. Tapi memikirkan hujan lebat, aku nak kena balik sorang2 ke Ipoh. Bahaya tuh! Dah tu, aku pun takde point nak berhelah ngan family aku pulak. Kesian diorang sebab melayan ramai sedare sampai malam & aku selamba jalan2. Member aku memang dah ON dah time tu. Kitorang banyak nak catch-up nih! Akhirnya, sembang on the way ke rumah aku pun jadilah. Sekadar melepaskan rindu dendam. (Mampoih kalo Tania tau!)

Khamis, 18 Oktober 2007

Idul Fitri 1

Tok guru kate Idul Fitri namanya bermaksud kembali kepada fitrah manusia. Makan dan minum waktu siang mengikut fitrah. Amalan2 halal yang diharamkan pada Ramadhan, sekarang dah halal balik. Amalan2 sunat khusus waktu Ramadhan dah tak dapat nak buat. Kembali ke amalan asal.

Betulla katenye. Aku kembali ke fitrahku, melantak tak hingat punye. Nasib perut tak meletup. Raya 3, aku makan 4 pinggan laksa. 2 kat umah Wah, 2 lagi kat umah adik dia, Mak Yang Ba (Bahtiah). Nasib tak sempat singgah umah Achik Salasiah (atau Selesiah mengikut loghat tempatan) adik deme. Kalo idak, jadi 6 pinggan. My mom's cousins (MAKCIK POWER) are great laksa cooks. The three sisters are also great at persuading me to eat their cookings! Pity my sis-in-law, Kak Linda tak ikut. She could drink the laksa gravy like soup! But I managed to MMS her the Laksa! hahahah!

Raya 1 merupakan hari anak buahku menunaikan janjinya. Selepas 1 tahun 2 bulan, akhirnya dia berjalan sendiri tanpa dipimpin. Selama ni bukan tak boleh, tapi takde konfiden. Asal lepas tangan terus dia rebahkan badan duduk menangis. Padahal pegang tangan dia tu buat syarat je. Bila nampak Ayah Ngah dia, dia angkat tangan mintak disambut sambil sebut "Taaa...Tih" dengan nada memujuk manja. Habih keje Ayah Ngah dia tak jalan... Tapi 1 Syawal, bila beraya ke rumah Opah Dah, Delina (Adlina Batrisyia, anak buah aku tu lee..) nampak mak sedare dia umur lebih kurang dia dah berjalan2, berlari2. Terus dia naik semangat nak cuba jalan sendiri. Berapa kali gak la rebah. Tapi bila dah dapat tiga tapak dia sorak sendiri, rewarding herself "Yeeeaaaaaa......" sambil tepuk tangan. Jalan tiga tapak lagi, "Yeaaaaa...." seronok la agaknya. Jalan tiga tapak lagi, "Yeeeeeaaaaaa...." Riak la pulak budak ni. Apa taknya, dia sorak tu sambil mengajak orang lain bersorak sekali. Ada dekat 15 orang la yang sorak ikut dia. Sukatila. Asalkan dia dah pandai berjalan sendiri. Tapi terpikir la pulak, tangga rumah dia nak kena pasang pagar la lepas ni. Takut dia panjat sendiri2. Kena la upah budak keje aku buatkan. Dollyna punya pasal, Ayah Ngah boleh buatkan. My spoilt niece.

Ahad, 7 Oktober 2007

3 Hari di Batu Pahat

Tiga hari untuk menyelesaikan dokumen nikah aku...
Plus shopping laa....

(Kepada semua yang membaca blog ini: Sila emailkan alamat fizikal anda ke aljohari@yahoo.com jika berminat menerima jemputan rasmi. InsyaAllah saya tidak akan mengecewakan anda.)

Prebiu Nikah Sakinah
Waktu aku nak dapatkan sign tok kadi, kitorang berpeluang tengok orang buat majlis nikah ala Batu Pahat. Kebetulan Adik Ipar abang Tania nikah hari tu. Rejeki la dapat tengok.
Mula-mula tu macam biasala, Tok Kadi jadi MC majlis, pakai clip mic. Siap mukadimah, doa pembuka majlis, tanya sikit2 pengantin lelaki. Bila dia start interview tu, aku lak yang menggelabah. Terasa lagi 2 bulan aku akan duduk atas ciyor tu kena interview. Bila akad, aku lak rasa pressure dia. Pressure yang menukar status bujang seseorang kepada khalifah bagi seorang wanita. Ingatkan aku sorang aje, rupanya Tania pun terasa gak aura mcm tu. Yang mencabar bagi aku ialah mendengar lafaz tok kadi tu. isk...tak clear. Mau aku kantoi nanti. Lepas tu khutbah nikah. Pendek, tapi penting.

Lepas nikah tok kadi terus suruh solat pengantin baru & sujud syukur. Sambil dua2 pengantin solat, hadirin berselawat berjemaah. Dah selesai, baru dia bagi buat upacara membatalkan air sembahyang. Upacara ni bukan pendek, ada ikrar pengantin lelaki, pengantin perempuan, ikrar mak pengantin perempuan, ikrar wali. Semua sekali ambil masa 2 jam. Kalau ada tangisan semasa ikrar, bertambahlah kepada 3 jam. Biasanya benda ni bergantung kepada ibu pengantin perempuan....

Interview dengan tok kadi..
Rupanya tok kadi tu class mate sekolah bakal mak mentua aku. Ala2 kroni la ni... Dia tanya soalan simple2 aje. Takde la sampai ke tahap Qunut Panjang dengan Qunut Pendek. Antara soalannya,
"Tahiyat akhir, yang wajib sampai mana?"
"Kalau miss sunat ab'adh, kena buat apa?"
Dia suruh baca Fatihah. Tu aje.

Interview dengan Pejabat Agama...
Aku tak kena. Tania aje. Ustaz nya muda lagi. Soalan dia berbunyi begini,
"Kelulusan apa?"
"Ijazah".
"Belajar kat mana dulu?"
"New York".
Seterusnya interview tersebut hanya berkisarkan New York.
Tania tanya,"Habis tu ustaz, macam mana dengan interview ni?"
Ustaz tu tak jawab, tapi borang Tania diisi dengan markah penuh.....

Makan di Batu Pahat


Lihat botol di sebelah.....
Itula minuman yang menyentuh jiwaku. Pertama kali aku sampai kat warung tu (btw, warung tu markaz PAS di Batu Pahat) aku nampak pak lebai-pak lebai tengah pegang botol todi. Penuh atas meja! Mak Aih! Dasyat gile org PAS Batu Pahat nih! Shakali dia panggil air botol tu "Oren Bodoh". Siap bukak sendiri tudung botol tuh. Old skool....
Tapi rasa dia memang ketara. Air paip + Air Gula + Perisa Oren + Gas sikit. Terasa campurannya yang tak sebati. Padan dengan nama dia. Tak heran la 6 kupang aje. Tapi makanan kat situ dia bagi banyaaaakk. Nasi Goreng Ayam sepinggan macam bukit! Aku order mee sup ingatkan dia bagi dalam pinggan jernih ala2 kenduri, tapi mangkuk tomyam besar tuh! En Nazim mesti suka tempat ni. Markaz PAS, makanan mencapai status BMS, & oren bodoh. Memang kedai idaman dia. Salam Fat F buat saudara Nazim.
Tapi aku masih kempunan mi racun. Sahabat aku Mr Burns yang racun aku supaya try. Bakal abang ipar aku cakap mi racun tu takde spesialnye, cuma pedas macam nak mati. Tu sebab dia panggil mi racun....
Cakap pasal makanan, kat Seri Iskandar ada murtabak jala. I don't see any relevance in doing it...