Sabtu, 20 Oktober 2007

Idul Fitri 3

Raya 4, Ada tahlil kat rumah 2nd cousin. Lunch time. Ni kena pegi, nih! Apa taknya, kat sini la ramai sedare mare berkumpul. Yang tua, yang muda, semua ada. senang sikit, tak payah nak beraya banyak rumah lepas ni. Cadangnye nak attend tahlil aje. Lepas tu balik opis. Alih2 sampai kul 530pm. Ngulo habih! Apa mau risau, tokeh pun same ngulo! (Mak aku lee...)

Sembang punya sembang, keluar cerita ancestors. Alhamdulillah, dapat aku nengok gambo moyang aku. Dia termasuk dalam buku Tokoh2 Batu Gajah, keluaran arkib negara. 20% kerabat keluarga aku termasuk dalam list tu. Siap biografi lg. Dapatla trace 5 generasi ke atas. Ada yang ikut Tunku Abdul Rahman mintak merdeka, ada yang terbabit dalam Perang Perak, ada yang terbabit dengan pembukaan Ipoh, & ada yang berketurunan kerabat DiRaja Perak.

Ghope-ghopenye, Sultan Perak sekarang pangkat pak sedare aku! Tapi berapa pupu, tak tau le. Setakat nak claim takhta tu, jangan haraple. Bak kate member aku yang ada darah kerabat (negeri lain la),"Aku kena headshot abang2 aku, sepupu2 aku, pakcik2 aku, tok2 aku, baru boleh claim takhta negeri aku". Waktu tu aku bagi sokongan moral pada dia & sanggup jadi org kanan dia untuk komplot bunuh kerabat dia. Tapi dia taknak proceed. Aku pun tak tau kenapa....

Alang2 ada di Batu Gajah, aku ziarah ke umah Tok Zam. Ini kepala rombongan nanti, kena bodek.... Takdela, cuma aku rasa hormat kat dia & tengah musim raya ni, elok la ziarah. Lagging lagi.... Lepas azan isyak baru gerak balik. Mak aku, kalau dapat sembang dengan Tok Zam, memang macam2! Dari politik ke bisnes, pertanian ke koperasi, kemelayuan ke islam, you just name it! Aku tukang cucuk je. Bagi lagi sedap cerite. hehehe....

Tiada ulasan: