Ahad, 7 Oktober 2007

3 Hari di Batu Pahat

Tiga hari untuk menyelesaikan dokumen nikah aku...
Plus shopping laa....

(Kepada semua yang membaca blog ini: Sila emailkan alamat fizikal anda ke aljohari@yahoo.com jika berminat menerima jemputan rasmi. InsyaAllah saya tidak akan mengecewakan anda.)

Prebiu Nikah Sakinah
Waktu aku nak dapatkan sign tok kadi, kitorang berpeluang tengok orang buat majlis nikah ala Batu Pahat. Kebetulan Adik Ipar abang Tania nikah hari tu. Rejeki la dapat tengok.
Mula-mula tu macam biasala, Tok Kadi jadi MC majlis, pakai clip mic. Siap mukadimah, doa pembuka majlis, tanya sikit2 pengantin lelaki. Bila dia start interview tu, aku lak yang menggelabah. Terasa lagi 2 bulan aku akan duduk atas ciyor tu kena interview. Bila akad, aku lak rasa pressure dia. Pressure yang menukar status bujang seseorang kepada khalifah bagi seorang wanita. Ingatkan aku sorang aje, rupanya Tania pun terasa gak aura mcm tu. Yang mencabar bagi aku ialah mendengar lafaz tok kadi tu. isk...tak clear. Mau aku kantoi nanti. Lepas tu khutbah nikah. Pendek, tapi penting.

Lepas nikah tok kadi terus suruh solat pengantin baru & sujud syukur. Sambil dua2 pengantin solat, hadirin berselawat berjemaah. Dah selesai, baru dia bagi buat upacara membatalkan air sembahyang. Upacara ni bukan pendek, ada ikrar pengantin lelaki, pengantin perempuan, ikrar mak pengantin perempuan, ikrar wali. Semua sekali ambil masa 2 jam. Kalau ada tangisan semasa ikrar, bertambahlah kepada 3 jam. Biasanya benda ni bergantung kepada ibu pengantin perempuan....

Interview dengan tok kadi..
Rupanya tok kadi tu class mate sekolah bakal mak mentua aku. Ala2 kroni la ni... Dia tanya soalan simple2 aje. Takde la sampai ke tahap Qunut Panjang dengan Qunut Pendek. Antara soalannya,
"Tahiyat akhir, yang wajib sampai mana?"
"Kalau miss sunat ab'adh, kena buat apa?"
Dia suruh baca Fatihah. Tu aje.

Interview dengan Pejabat Agama...
Aku tak kena. Tania aje. Ustaz nya muda lagi. Soalan dia berbunyi begini,
"Kelulusan apa?"
"Ijazah".
"Belajar kat mana dulu?"
"New York".
Seterusnya interview tersebut hanya berkisarkan New York.
Tania tanya,"Habis tu ustaz, macam mana dengan interview ni?"
Ustaz tu tak jawab, tapi borang Tania diisi dengan markah penuh.....

2 ulasan:

supersomething berkata...

hmm.. masa aku kawin dulu, takde banyak interbiu. semua stret forward je. berdasarkan pengalaman, aku cadangkan korang booking tok kadi utk langsungkan akad nikah pada waktu petang. by then, dia dah penat & dah malas nak tanya soalan2. that was what happened to me. akad pukul 5.30. last for the day (utk malam, orang lain kot)

btw, http://en.wikipedia.org/wiki/Image:Toei_gavan.jpg

Jo berkata...

Aku booking pagi Ahad. Johor ni lain sikit, beb. Tok Kadi dia memang tegas walau lemah lembut. Supportive pun iye gak, sori aku tak bagitau. Tok kadi tu tanya pun dengan lemah lembut. Tak pressure pengantin. Aku je yang terasa pressure. Mr G dah booking org yang sama Sabtu malam sebelum aku. Soalan dia tak banyak, tapi Kaedah Nikah Sakinah tu yang panjang. Memang dia allocate 2 jam utk setiap majlis. Dahla tu, sharp timing. Aku memang sampai awal waktu majlis nikah haritu, tapi tok kadi lagi awal. Pengantin pun tak sampai lagi. Yang dah sampai cuma kawan2 pengantin perempuan yang memakai selendang & kebatat membelah posa aku. Astaghfirullah...(dengan mata luas memfokus)...