Rabu, 26 September 2007

Agama vs Adat vs Norma Returns

Akhir-akhir ni nampaknya Muslim terutama Melayu (sebab cerita berkait dengan adat) tak dapat nak bezakan ketiga-tiga perkara ni. Atau tak dapat nak integrasikan norma & adat di dalam agama. Ini yang telah diperhatikan di sekeliling ana, yang mana rata-rata populasinya adalah student UiTM. (Ed, cepat balik! Lepak rumah aku, kau takkan menyesal punya!) Memang mata saya keranjang, tapi mulut, tangan dan kaki masih ana kawal. Seperti yang dikatakan oleh Bonda pada Tania, "Jo ni single minded, toksah risau la, dia tak reti nak pikir pasal pompuan lain".

Tapi isunya, norma atau nilai-nilai sosial Melayu telah tidak diterima pakai lagi. Sebagai contoh, teruna lepak rumah dara tanpa ada mahram. Walaupun yang ana nampak berlaku pada waktu siang, tapi masih boleh mendatangkan fitnah! Lagi dasyat kalau ada godaan pihak ketiga! Tapi kes ini terang-terang bertentang dengan agama.

Ada juga kes anak dara bermalam di rumah keluarga rakan lelakinya (kekasih le!). Memang ada mahram lelaki tu, tapi yang wajib bermahram ialah anak dara tersebut! Ini boleh menimbulkan fitnah mengenai maruah anak dara tersebut. Walaupun bertunang, Islam hanya membenarkan si lelaki melihat muka dan tapak tangannya sahaja sepanjang tempoh tersebut. Itu pun hanya dengan menziarahi rumah wali perempuan tersebut. Itu adalah dari perspektif Islam (agama).

Jika dipandang dari segi adat, anak dara tersebut telah menjatuhkan maruah keluarga. Seorang anak dara Melayu diibaratkan sebagai insan yang dipandang tinggi dan eksklusif. Dia tidak boleh sewenang-wenangnya pergi ke mana-mana tanpa izin ibu bapanya, ataupun walinya. Tidak manis baginya bertandang ke rumah orang lain tanpa mahramnya, apatah lagi bermalam. Andainya terpaksa, masih boleh diterima.

Mungkin tuan rumah yang mempelawa? Tetapi pelawaan tuan rumah janganlah diterima bulat-bulat. Ini satu lagi ketinggian adat budi bahasa Melayu. Ajak-ajak ayam. Mengajak sebagai menghormati tetamu, tetapi tidak semestinya mengharapkan tetamu tersebut untuk menerima pelawaan. Sebaiknya, tetamu menolak dengan penuh sopan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wah...selamat datang sepupu!!!!jumpa di pagi raya

Jo berkata...

Petang raya daa.... Sepupu yang ini datang petang.