Ahad, 23 September 2007

Agama vs Adat vs Norma

Izinkan ana berbicara sedikit. Jika tersalah bicara, sila betulkan. Ini berdasarkan pengalaman baru ditimba dari perigi kehidupan....
Apakah perbezaan antara tiga perkataan tersebut?

Agama : Pegangan Hidup (Faith) di mana kita mengharungi perjalanan kehidupan berlandaskan asas-asas yang telah ditetapkan. Di dalam Islam, terdapat lima asas hukum untuk dirujuk bagi sesuatu perkara atau tindakan.
Wajib: Perkara yang dimestikan buat. Jika tidak buat, berdosa. Jika buat, dapat pahala.
Sunat: Perkara yang digalakkan buat. Jika tidak buat, tiada masalah. Jika buat, dapat pahala.
Makruh: Perkara yang tidak digalakkan buat. Jika tidak buat dapat pahala. Jika buat, tiada apa-apa kesan dari segi dosa & pahala.
Haram: Perkara yang dilarang buat. Jika tidak buat (selepas berniat untuk buat), dapat pahala. Jika buat, berdosa.
Harus: Perkara yang tidak dispesifikkan dalam Al-Quran. Jika tidak buat, tiada apa kesan. Jika buat, dapat pahala (dengan syarat dibuat untuk memohon redhaNYA, + Basmallah).
(Allah Maha Pemurah. Ruang untuk berbuat dosa hanya ada di dalam 2 situasi, manakala ruang untuk mendapat pahala boleh berlaku di kelima-lima situasi)

Adat : Petua atau panduan hidup berdasarkan pengalaman dan penerokaan kehidupan oleh sesuatu bangsa atau suku. Tidak kesemuanya ditulis atau dibukukan. Sebilangan adat ini akan berubah mengikut perkembangan semasa dan ada juga diselaraskan mengikut hukum agama, tertakluk kepada senario suku/bangsa tersebut.

Norma : Persekitaran semasa yang mempengaruhi cara hidup dan amalan seseorang atau komuniti.

Kenapa tulis pasal benda-benda ni? Nantikan "sequel"nya.......

Tiada ulasan: